PENYERTAAN, KEPERLUAN DAN PENDAFTARAN

1. PENYERTAAN

terbuka kepada :

1.1. Anggota KRS MUSLEH di semua SRI-SMI di bawah MUSLEH. Sekurang-kurangnya setiap sekolah menghantar 2 seksyen lelaki dan 2 seksyen perempuan. Keutamaan di SMI diberi kepada anggota tingkatan 5 diikuti dengan anggota di tingkatan yang lain. Untuk SRI tiada apa-apa syarat.
1.2 Anggota KRS sekolah-sekolah bukan rangkaian MUSLEH tetapi menjadi ahli KRS MUSLEH. Penyertaan terhad kepada 1 seksyen lelaki dan 1 seksyen perempuan dan 2 orang guru pengiring bagi sekolah rendah dan menengah masing-masing.
1.3 Anggota KRS sekolah-sekolah bukan rangkaian MUSLEH tetapi bernaung di bawah Rangkaian Pendidikan Islam (RAPI). Penyertaan terhad kepada 1 seksyen lelaki dan 1 seksyen perempuan dan 2 orang guru pengiring bagi sekolah rendah dan menengah masing-masing.
1.4 Anggota KRS sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan. Penyertaan terhad kepada 1 seksyen lelaki dan 1 seksyen perempuan dan 2 orang guru pengiring bagi sekolah rendah dan menengah masing-masing.
1.5 Anggota unit beruniform sekolah-sekolah bukan rangkaian MUSLEH yang bernaung di bawah Internasional Centre for Educational Excellence (ICEE). Penyertaan terhad kepada 1 seksyen lelaki dan 1 seksyen perempuan dan 2 orang guru pengiring bagi sekolah rendah dan menengah masing-masing.

2. PENDAFTARAN

2.1. Sila e-mailkan borang pendaftaran sebelum atau pada 15 Oktober 2009 mengikut format yang disediakan.
2..2 Yuran penyertaan RM 60.00 seorang pelajar dan RM50 seorang guru pengiring. Segala pembayaran atas nama Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad (Bank Muamalat: 1403 0002540 719)
2.3. Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 31 Oktober 2009.
2.4. Slip bank in wajib di fakskan ke 03-41011561 (pejabat MUSLEH)
2.5. Pembayaran secara tunai tidak dibenarkan.

3. KELENGKAPAN

3.1 Semua sekolah yang menyertai PRINT'09 bertanggungjawab menyediakan sendiri kelengkapan khemah, peralatan kem kraf dan memasak kecuali peserta daripada luar negara.
3.2 Setiap sekolah hendaklah menyediakan 4 jenis bendera iaitu bendera negara, negeri dan sekolah serta bendera KRS. Bagi peserta luar negara boleh membawa bendera negara, sekolah dan unit pakaian seragam berkenaan.


4. PAKAIAN

4.1 Semua peserta/anggota KRS diwajibkan membawa pakaian no.4 dan pakaian aktiviti. Pakaian no.3 adalah juga digalakkan. Baju T KRS adalah digalakkan dibawa lebih daripada satu. Walaubagaimanapun baju T sekolah masing-masing boleh juga dipakai asalkan seragam.
4.2 Bagi peserta daripada luar negara dikehendaki membawa pakaian seragam masing-masing iaitu pakaian rasmi atau pakaian untuk aktiviti.
4.3 Semua peserta digalakkan membuat tanda pada pakaian yang dibawa untuk mengelakkan pertukaran.
4.4 Bagi anggota perempuan, tudung perlu disediakan sekurang-kurangnya 3 helai iaitu tudung KRS, tudung hitam dan tudung putih.
4.5 Senarai keperluan secara terperinci adalah seperti berikut :

INDIVIDU

LELAKI

1. Pakaian no 4
2. Pakaian no 3 (digalakkan)
3. Pakaian solat
4. Seluar slack warna hitam
5. Kasut sukan
6. T-shirt KRS
7. Seluar sukan berwarna gelap
8. Barret KRS
9. Kelengkapan mandi
10. Pakaian lain yang diperlukan semasa program secukupnya
11. Ubat-ubatan peribadi

PEREMPUAN

1. Pakaian no 4
2. Pakaian no 3 (digalakkan)
3. Pakaian solat
4. Tudung KRS, hitam dan putih
5. Kelengkapan mandi
6. Kasut sukan
7. T-shirt KRS
8. Seluar sukan berwarna gelap
9. Barret KRS
10. Kelengkapan mandi
11. Pakaian lain yang diperlukan semasa program secukupnya
12. Ubat-ubatan peribadi

Perhatian: Sila rujuk skima pemakaian KRS bagi mengetahui standard pemakaian yang betul

PERALATAN INDIVIDU

1. Tali nilon ( 4 meter )
2. Kain anduh
3. Lampu suluh
4. Alat tulis
5. Al-ma’thurat dan Al-Quran

MAKANAN

1. Dibenarkan membawa kelengkapan secara berpasukan bagi menjimatkan kos
2. Beras
3. Lauk segera ( cth: sardin dan makanan keluaran Brahim )
4. Peralatan memasak (dibenarkan menggunakan dapur gas)
5. Makanan ringan
6. Makanan segera seperti Maggi tidak dibenarkan
7. Air minuman
8. Walaubagaimanapun makanan dan minuman ada dijual di tapak perkhemahan

KHEMAH

1. Pihak sekolah hendaklah menyediakan sendiri khemah bagi pasukan masing-masing.
2. Khemah adalah dinasihatkan bersaiz sederhana
3. Mengikut bilangan peserta
4. Jenis khemah yang dibenarkan adalah khemah jenis “A” atau khemah pasang siap (igloo)
5. Penempatan khemah peserta akan disusun mengikut ketetapan urusetia.
6. Peserta tidak dibenarkan menukar kawasan penempatan tanpa kebenaran urusetia.

PERALATAN DARI SETIAP SEKOLAH

1. Parang
2. Belerang-secukupnya mengikut keperluan
3. Kotak ubat
4. Tali rafia

PERALATAN TAMBAHAN

1. Baju kalis hujan (individu)
2. Kamera digital dan kamera video dibenarkan tetapi di bawah tanggungjawab sekolah masing-masing.

*** PERHATIAN & PERINGATAN

PESERTA YANG TERDAPAT TANDA-TANDA AWAL H1N1, SEPERTI DEMAM, SAKIT TEKAK, DAN SELESEMA ADALAH TIDAK DIBENARKAN HADIR DALAM PERKHEMAHAN INI.

PERKHEMAHAN INI AKAN TERTANGGUH JIKA TERDAPAT ARAHAN DARIPADA PIHAK KERAJAAN @ LEMBAGA PENGARAH MUSLEH YANG BERKAITAN WABAK INI

Comments

salam.. tuan! saya nak tanya..pasal baju..andai kata, kami memakai baju warnanya sama tapi bukan baju seragam sekolah..bleh ke??
krsmusleh said…
pakaian seragam krs (no4) wajib dipakai waktu perasmian pembukaan & penutup, waktu pertandingan terpulang pada sekolah, yang penting seragam dan pakaian tersebut memenuhi ciri-ciri peribadi seorang muslim & muslimah
none said…
apa beza dgn pakaian no. 4 dan 3?