Posts

Showing posts from May, 2013

KERTAS KERJA PERNAS '13

PERKHEMAHAN NASIONAL KRS MUSLEH (PERNAS) 2013
Anjuran Bersama: MGBSIM & MUSLEH Berhad (MUSLEH)
1.0. PENDAHULUAN

Pembinaan pelajar sentiasa diarahkan kepada peribadi yang sempurna (insan kamil) yang mencakupi sihat secara jasmani, baik ruhaniyahnya dan cerdas akal fikirannya. Salah satu daripada langkah pembinaan untuk mencapai peribadi insan kamil tersebut, ialah melalui wadah Kadet Remaja Sekolah MUSLEH sebagai media pembinaan dan pembangunan kepimpinan pelajar.  Kebanyakan aktivitinya dijalankan di peringkat sekolah manakala di peringkat kebangsaan pelajar-pelajar hanya dihimpunkan untuk mengikuti kursus kenaikan pangkat dan kemahiran tertentu sahaja. Ruang lingkup untuk pelajar berinteraksi sesama sahabat adalah terhad.  Atas dasar itu Perkhemahan Nasional ini merupakan sebahagian daripada proses pembinaan pelajar seperti mana yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Islam.

2.0. OBJEKTIF

2.1. Merapatkan ukhuwwah antara anggota-anggota KRS
2.2. Memberi peluang menambah mata da…