Posts

Showing posts from June, 2009

HANYA SATU USAHA...

Image
oleh: Mejar (KRS) Azrul Fazli B Abdul Azis

Assalamulaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Pertamanya, saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang tidak jemu mengunjungi blog PRINT ini. Mungkin disebabkan terlalu kerap mengunjungi bloq ini dan mendapati tidak ada perkembangan bahan dalam blog ini menyebabkan timbullah isu yang sedang dibincangkan dalam ruangan komen disebelah. Walau apapun terima kasih kepada pemberi komen kerana sudi untuk menjenguk dan berfikir tentang aktiviti yang sedang dirancang oleh Kadet Remaja Sekolah MUSLEH ini. Nampaknya ramai juga yang berminat untuk mengetahui perkembangan PRINT ini.

Buat pengetahuan semua, PRINT ini adalah aktiviti perkhemahan tahunan yang akan mengumpulkan ahli-ahli KRS sekolah-sekolah MUSLEH di seluruh Malaysia. Mungkin ada yang tidak faham berkaitan dengan MUSLEH ini. Silalah mengunjungi http://www.musleh.edu.my bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan sekolah-sekolah MUSLEH. Perancangan ini telah di…