DARI MEJA URUSETIA

Pihak urusetia memohon kemaafan kerana tidak 'up date' laporan dan perkembangan PRINT 09. 3 orang kuat PRINT sedang dalam menghadapi peperiksaan, Tuan Pengarah kita bersama Tuan Kamaruzaman akan menduduki peperiksaan OUM manakala Tuan Azrul pula sedang mengikuti kursus intensif di USM selama 3 minggu dan pembantu urusetia yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 sedang menduduki peperiksaan SPM. Kita doakan semoga mereka semua beroleh kejayaan Insya allah. Mulai bulan ini perkembangan PRINT akan diaktifkan kembali, Insya Allah. Segala maklumat berkaitan persediaan dan syarat pertandingan akan dimuatkan dalam blog ini. Jika ada sebarang kemusykilan boleh terus berhubung dengan pihak urusetia melalui email krsmusleh@yahoo.com.

Comments