SYARAT PERTANDINGAN Basic Self Defend (BaSeD)

1.PENYERTAAN

a. Terbuka kepada pasukan-pasukan pakaian seragam KRS di sekolah-sekolah Rendah dan
menengah MUSLEH

b. Hanya Dua pasukan sahaja iaitu pasukan lelaki dan perempuan mewakili sesebuah sekolah.

2.PENDAFTARAN

a. Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang daripada 10 orang dan tidak melebihi 11 orang termasuk seorang ketua pasukan dan anggota simpanan

b. Setiap Pasukan yang didaftarkan mestilah terdiri daripada jantina yang sama sahaja, anggota dalam Platun yang bercampur lelaki dan perempuan tidak dibenarkan.

c. Setiap pasukan diwajibkan mengisi borang Pendaftaran dan disahkan oleh Pengetua atau wakilnya.

3.BILANGAN PESERTA

a. Satu pasukan terdiri daripada 10 orang peserta termasuk Ketua pasukan

b. Setiap pasukan boleh menghantar seorang peserta simpanan


4.PENGGANTIAN PESERTA

a. Semasa pertandingan dijalankan setiap pasukan mestilah dianggotai oleh 10 peserta termasuk ketua pasukan. Pasukan yang kurang atau lebih daripada 10 ahli tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan.

b. Jika ada peserta yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan peserta kurang daripada yang ditetapkan (10 orang), lima markah akan ditolak bagi setiap anggota yang kurang dan juga kepada setiap anggota yang lebih daripada 10 peserta

c. Tiada sebarang penggantian peserta ketika pertandingan BaSeD sedang dijalankan. Penggantian anggota hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan BaSeD dijalankan.


5.MASA

a. Masa persembahan sepenuhnya bagi setiap pasukan mestilah tidak kurang dari 12 minit dan tidak melebihi 15 minit sahaja . Pemberian markah bermula apabila pasukan bergerak masuk ke gelanggang dan berdasarkan persembahan dalam tempoh masa yang ditetapkan

b. Masa pertandingan diambil kira bermula dari hukuman “HORMAT”.

c. Persembahan terbahagi kepada dua bahagian: Bahagian 1: Pergerakan asas, elak guna dan patern (persembahan patern hendaklah tanpa suara/arahan).

d. Sekiranya masa persembahan kurang dari 12 minit atau melebihi 15 minit, 5 markah akan dipotong dan perbuatan selepas 15 minit itu tidak lagi diberi markah.

e. Wisel sekali dibunyikan untuk isyarat bermulanya masa pertandingan. Wisel dua kali dibunyikan untuk isyarat 12 minit masa pertandingan. Wisel tiga kali dibunyikan untuk isyarat 15 minit atau tamat masa pertandingan.



6.PERLAKSANAAN PERTANDINGAN

a. BaSeD (Level 1 dan 2)

i. Pasukan dibawa masuk oleh ketua pasukan ke gelanggang dalam satu barisan dan berhenti di hadapan Ketua Hakim.

ii. Melapor – Ketua Pasukan melapor kepada Ketua Hakim. (Bahasa hukuman : ”Assalamualaikum tuan ! Saya.............Ketua pasukan BaSeD sekolah ............................siap untuk diuji, tuan! Selepas mendapat arahan/isyarat ketua hakim. Terima kasih, tuan!).

iii. Arahan hormat ( hukuman : Syabab…..Hormat!)

iv. Pasukan diwajibkan melakukan pergerakan asas BaSeD berikut:

1. 2 asas pergerakan tangan level 1
2. 2 asas pergerakan kaki level 1
3. 2 asas pergerakan tangan level 2
4. 2 asas pergerakan kaki level 2
5. 3 elak guna level 1
6. 3 elak guna level 2
7. Patern level 1 dan 2 (tanpa arahan/suara)

v. Penalti akan dikenakan atas kesalahan berikut:

1. Keluar gelanggang
2. Memberi isyarat
3. Tidak ikut urutan
4. Tambah gerakan


7.PENGHAKIMAN

a. Hakim terdiri daripada 3 orang yang dilantik dari Jurulatih BaSeD kebangsaan.

b. Sekiranya berlaku persamaan markah di antara pasukan-pasukan markah persembahan pentas akan menjadi penentu..

c. Keputusan hakim adalah muktamat.

8. PEMARKAHAN

8.1 Persediaan 20 markah
i. Kekemasan diri dan pakaian 10 markah
ii. Keseragaman 10 markah

8.2 Pergerakan BaSeD 90 markah
i. 2 asas pergerakan tangan level 1 10 markah
ii. 2 asas pergerakan kaki level 1 10 markah
iii. 2 asas pergerakan tangan level 2 10 markah
iv. 2 asas pergerakan kaki level 2 10 markah
v. 3 elak guna level 1 15 markah
vi. 3 elak guna level 2 15 markah
vii. Patern level 1 dan 2 (tanpa arahan/suara) 20 markah


MARKAH PENUH 110 markah


9. BANTAHAN

9.1 Keputusan jawatankuasa adalah muktamad.

10. PEMBATALAN

10.1 Tidak memenuhi syarat/peraturan pertandingan
10.2 Jika didapati pasukan melakukan sebarang penipuan

11. PERKARA YANG TIDAK DISEBUT

Perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan atau syarat pertandingan ini boleh diputuskan oleh jawatan kuasa Pengelola dan hakim.


Disediakan Jawatankuasa Pertandingan

Comments

FADEL said…
Salam tuan! Kami pasukan dari sekolah rendah tuan. kami dah mulakan latihan sejak awal bulan November 2009. Semangat tuan! kami berlatih apa yang terkandung dalam silibus sekolah rendah untuk BaseD. selesai je waktu sekolah kami mulakan latihan tuan. kiranya bila dah cuti sekolah, alhamdulillah, semua dah tahu peranan masing2 waktu persembahan tu. tapi tuan, macam gelap dunia ni bila dapat maklumat level 2 juga akan dinilai termasuk kepada pelajar2 SRI. Kami sukakan cabaran tuan tapi cabaran tu biarlah RASIONAL kerana maklumat itu diposkan dalam blog pada 1 Disember 2009. BaseD kena banyak latihan tuan, tapi bagaimana jika masa itu sudah pun terlalu suntuk, dan asyik bertembung dengan peperiksaan SPM yang sedang berlangsung tuan dan siapa yang menang tuan? Maaf tuan, ini adalah kebenaran yang perlu kami nyatakan. Ianya nampak mudah kepada sekolah2 yang mempunyai banyak tenaga guru yang mahir. Bagaimana dengan sekolah yang baru nak bertatih tuan? Bagaimana nak diterangkan kepada 52 orang anak2 murid banin dan banat yang begitu bersemangat datang latihan ketika mana sebilangan besar rakan2 sekelas mereka pergi melancong atau pun masih lena dibuai mimpi pada waktu cuti panjang ni bahawa hanya 10 banin dan 10 banat sahaja yang boleh masuk pertandingan.bagaimana agaknya perasaan itu tuan? Bagaimana perasaan itu agaknya bila mengenangkan keperitan dan keletihan berlatih seawal tamat Peperiksaan Akhir Tahun 2009. Saya tak dapat bayangkan perasaan itu tuan, dan saya masih bingung memikirkan apakah ada ayat2 manis yang boleh dijadikan pengubat kecewa mereka tuan. Ya Tuan! Kecewa.. Maaf tuan, Rasanya perkara ini dapat dielak jika makluman itu sampai awal bersama surat jemputan yang memaklumkan bahawa penyertaan banin adalah 26 orang(minimum), begitu juga dengan banat tuan. Maaf tuan, semoga yang berlalu itu dapat dijadikan pengajaran untuk kita semua. salam..