PENDAHULUAN



Pembinaan pelajar sentiasa diarahkan kepada peribadi yang sempurna (insan kamil) yang melingkupi sihat secara jasmani, baik ruhaniyahnya dan cerdas akal fikirannya. Salah satu dari langkah pembinaan untuk mencapai peribadi insan kamil tersebut, kita telah menggunakan wadah Kadet Remaja Sekolah MUSLEH sebagai media pembinaan pelajar. Kebanyakan aktivitinya dijalankan di peringkat sekolah. Di peringkat kebangsaan pelajar-pelajar hanya dihimpunkan untuk mengikuti kursus kenaikan pangkat dan kemahiran tertentu sahaja, ruang lingkup untuk pelajar berinteraksi sesama sahabat adalah terhad. Atas dasar itu Perkhemahan Nasional ini adalah merupakan sebahagian daripada proses pembinaan pelajar seperti mana yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Islam

Comments