SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN PENARA 2015

SYARAT - SYARAT PERTANDINGAN ~ PENARA 2015

KEM KRAF
PERKARA/PERALATAN YANG DI NILAI
  1. Pintu Gerbang - 1 Unit
  2. Gejat - 2 Unit 
  3. Perangkap - 2 Unit
  4. Lanskap Sekitar Khemah 
SYARAT PERTANDINGAN
  1. Projek buat di kem dalam kumpulan masing-masing sepanjang masa perkhemahan
  2. Projek hendaklah munasabah dan praktikal
  3. Semua projek menggunakan tali sahaja
  4. Projek hendaklah siap sebelum penilaian di buat
  5. Projek tidak akan di nilai jika terdapat unsur-unsur penipuan  
PENILAIAN

  1. Kreatif
  2. Kekemasan
  3. Prektikal
BANTAHAN
  1. Keputusan jawatankuasa adalah muktamad.

PEMBATALAN

  1. Tidak memenuhi syarat/peraturan pertandingan
  2. Jika didapati pasukan melakukan sebarang penipuan 

5. PERKARA YANG TIDAK DISEBUT

Perkara yang tidak dinyatakan di dalam peraturan atau syarat pertandingan ini boleh diputuskan oleh jawatan kuasa Pengelola dan hakim.


ORIENTEERING

SYARAT PERTANDINGAN ORIENTEERING
  1. Terbuka kepada 5 orang satu pasukan termasuk ketua
  2. Peralatan seperti kompas dan alat tulis tidak disediakan.
  3. Setiap pasukan perlu melepasi check-point yang telah ditetapkan. Kumpulan yang gagal melepasi salah satu check-point akan dikira gagal.
  4. Catatan masa rasmi pasukan hanya akan dicatat apabila kesemua ahli pasukan tiba di check-point terakhir. Mana-mana pasukan yang tidak cukup bilangan ahli ketika tiba di check-point terakhir tidak akan diambil catatan masa sehingga semua ahli cukup.
  5. Jumlah masa terpantas akan dikira sebagai pemenang.
  6. Setiap sekolah boleh menghantar lebih dari satu pasukan syabab dan fatayat.
  7. Keputusan pengadil adalah muktamad.
  8. Kursus dan peraturan lengkap pertandingan akan diberikan semasa program

MEMANAH TRADISIONAL

SYARAT PERTANDINGAN
  1. Setiap sekolah hanya boleh menghantar 2 orang syabab dan 2 orang fatayat sahaja.
  2. Pasukan yang mendapat markah tertinggi dikira sebagai pemenang
  3. Peralatan memanah akan disediakan oleh penganjur, walau bagaimanapun peralatan sendiri dibenarkan jika mengikut kriteria memanah tradisional.
  4. Keputusan pengadil adalah muktamad.
  5. Kursus memanah boleh di sertai oleh semua peserta PENARA. 
  6. Taklimat khusus tentang pertandingan akan diberikan kepada peserta yang mewakili sekolah masing-masing.


KAWAD

SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KREATIF
  1. Setiap sekolah boleh menghantar satu pasukan syabab dan fatayat, penghantaran lebih dari 1 pasukan hendaklah  dimaklumkan kepada jawatan kuasa PENARA lebih awal.
  2. Setiap pasukan mengandungi 13 orang peserta termasuk ketua pasukan.
  3. Setiap pasukan diberi masa 7 minit untuk persembahan. Masa mula dikira selepas ketua memberi tabik hormat. Masa tamat, apabila semua anggota keluar litar. Ketua pasukan akan lapor selepas pasukannya tamat membuat persembahan.
  4. Muzik tanpa nyanyian.
  5. Memakai uniform KRS no.4 yang lengkap.
  6. Keputusan pengadil adalah muktamad
  7. Setiap sekolah perlu mendaftarkan penyertaan pertandingan pada atau sebelum 5 hb Disember 2015.
  8. Keluasan litar 20m x 10m


BaSeD

SYARAT PERTANDINGAN BaSeD

PENYERTAAN
  1. Terbuka kepada anggota KRS Musleh di sekolah-sekolah menengah rangkaian MUSLEH
  2. Setiap sekolah boleh menghantar satu pasukan syabab dan satu pasukan fatayat, sekiranya pihak sekolah hendak menghantar lebih dari satu pasukan hendaklah di maklumkan kepada pihak penganjur lebih awal.

PENDAFTARAN
  1. Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang daripada 10 orang dan tidak melebihi 11 orang termasuk seorang ketua pasukan dan anggota simpanan
  2. Setiap Pasukan yang didaftarkan mestilah terdiri daripada jantina yang sama sahaja, anggota dalam Platun yang bercampur lelaki dan perempuan tidak dibenarkan.
  3. Setiap pasukan diwajibkan menghantar penyertaan pertandingan pada atau sebelum 5 hb Disember 2015.

BILANGAN PESERTA
  1. Satu pasukan terdiri daripada 10 orang peserta termasuk Ketua pasukan
  2. Setiap pasukan boleh menghantar seorang peserta simpanan

PENGGANTIAN PESERTA
  1. Semasa pertandingan dijalankan setiap pasukan mestilah dianggotai oleh 10 peserta termasuk ketua pasukan. Pasukan yang kurang atau lebih daripada 10 ahli akan di tolak markah.
  2. Jika ada peserta yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan peserta kurang daripada yang ditetapkan (10 orang), lima markah akan ditolak bagi setiap anggota yang kurang dan juga kepada setiap anggota yang lebih daripada 10 peserta
  3. Tiada sebarang penggantian peserta ketika pertandingan BaSeD sedang dijalankan. Penggantian anggota hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan BaSeD dijalankan.

MASA
  1. Masa persembahan sepenuhnya bagi setiap pasukan mestilah tidak kurang dari 12 minit dan tidak melebihi 15 minit sahaja . Pemberian markah bermula apabila pasukan bergerak masuk ke gelanggang dan berdasarkan persembahan dalam tempoh masa yang ditetapkan
  2. Masa pertandingan diambil kira bermula dari hukuman “HORMAT”.
  3. Persembahan terbahagi kepada dua bahagian:
  4. Bahagian 1: Pergerakan asas, elak guna dan patern (persembahan patern hendaklah tanpa suara/arahan).
  5. Bahagian 2: Persembahan Pentas dan Identiti Pasukan
  6. Sekiranya masa persembahan kurang dari 12 minit atau melebihi 15 minit, 5 markah akan dipotong dan perbuatan selepas 15 minit itu tidak lagi diberi markah.
  7. Wisel sekali dibunyikan untuk isyarat bermulanya masa pertandingan. Wisel dua kali dibunyikan untuk isyarat 12 minit masa pertandingan. Wisel tiga kali dibunyikan untuk isyarat 15 minit atau tamat masa pertandingan.

PERLAKSANAAN PERTANDINGAN
BaSeD (Tahap 1 dan 2)
  1. Pasukan dibawa masuk oleh ketua pasukan ke gelanggang dalam satu barisan dan berhenti di hadapan Ketua Hakim.
  2. Melapor – Ketua Pasukan melapor kepada Ketua Hakim. (Bahasa hukuman : ”Assalamualaikum tuan ! Saya.............Ketua pasukan BaSeD sekolah ............................siap untuk diuji, tuan! Selepas mendapat arahan/isyarat ketua hakim. Terima kasih, tuan!).
  3. Arahan hormat ( hukuman : BaSeD….. Hormat..!)
  4. Pasukan diwajibkan melakukan pergerakan asas BaSeD berikut:

  • 2 asas pergerakan tangan tahap 1
  • 2 asas pergerakan kaki tahap 1
  • 2 asas pergerakan tangan tahap 2
  • 2 asas pergerakan kaki tahap 2
  • 3 elak guna tahap 1
  • 3 elak guna tahap 2
  • Gerak (Patern) tahap 1 dan 2 (tanpa arahan/suara)
  • Persembahan Pentas
  • Pergerakan Identiti pasukan

Penalti akan dikenakan atas kesalahan berikut:
  • Keluar gelanggang
  • Memberi isyarat
  • Tidak ikut urutan
  • Tambah gerakan

PENGHAKIMAN
  1. Hakim terdiri daripada 3 orang yang dilantik dari Jurulatih BaSeD kebangsaan.
  2. Sekiranya berlaku persamaan markah di antara pasukan-pasukan markah pergerakan asas akan menjadi penentu.


Comments