KAWAD KAKI SMI KRS MUSLEH PERNAS' 13

SYARAT-SYARAT  PERTANDINGAN KAWAD
(SEKOLAH MENENGAH)

1.0 PENYERTAAN
1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan Kadet Remaja Sekolah Musleh yang menyertai Perkhemahan Nasional KRS MUSLEH 2013.
1.2 Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah iaitu:
1.2.1 Kategori Syabab
1.2.2 Kategori Fatayat
1.3 Semua kontinjen  sekolah boleh menghantar 2 pasukan sahaja (satu pasukan Syabab dan satu pasukan Fatayat).
1.4 Semua anggota pasukan yang bertanding hendaklah terdiri daripada peserta Perkhemahan Nasional KRS Musleh 2013.


2.0 PENDAFTARAN
2.1 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah  16 orang (bukan bilangan rasmi) termasuk Ketua   Pasukan (tidak termasuk anggota simpanan)
2.2 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada pasukan yang dianggotai oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. (Pasukan campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)

3.0 PAKAIAN
3.1 Pakaian Ketua pasukan dan anggota hendaklah pakaian rasmi pasukan Kadet Remaja Sekolah - pakaian No: 4 – pakaian kawad dan aksesori yang dibenarkan sahaja (pelapik beret, hakel, mafla, lencana poket, kolar dot, tanda nama dan sarung tangan sahaja).
3.2 Setiap satu item yang tiada pada kedudukannya ketika kawad statik dan  dinamik tolak 1 markah bagi satu item / individu.

4.0 PADANG KAWAD
4.1 Keluasan litar pertandingan ialah 25m X 15m. *(bukan saiz rasmi)

5.0 JANGKA MASA PESEMBAHAN
5.1 Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit. Pemberian markah bermula apabila pasukan mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar. Selepas 15 minit, markah persembahan tidak akan diberi.
5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad ‘buka barisan’ sebelum melapor kepada Ketua Hakim. Persembahan terbahagi 3 iaitu kawad statik, dinamik dan formasi.
5.3 Persembahan hendaklah merangkumi ketiga-tiga bahagian tersebut dengan didahului kawad statik.
5.4 Isyarat akan dibunyikan:
5.4.1 Pada minit ke 12,
5.4.2 Masa tamat, pada minit ke 15

6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN
6.1 Semua pergerakan kawad statik mestilah mematuhi kawad pasukan unit beruniform berkenaan yang telah ditetapkan.
6.2 Bilangan Anggota:
6.2.1 Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 16 orang termasuk Ketua Pasukan ketika bertanding.
6.2.2 Jika ada anggota bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada yang ditetapkan maka markah akan ditolak. (Ditolak 5 markah  bagi setiap anggota yang kurang). Sekiranya lebih dari 3 peserta yang tidak dapat meneruskan pertandingan, maka pasukan tersebut akan dibatalkan.
6.2.3 Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawad sedang berjalan. Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan kawad dijalankan untuk setiap pasukan dengan kebenaran pihak penganjur atas alasan yang munasabah.
6.2.4 Pemeriksaan kekemasan Pakaian: Semua pasukan akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk ke litar mengikut giliran pertandingan. (15 minit sebelum masuk ke padang kawad)
6.3  Kawad Statik:
6.3.1 Pasukan dibawa masuk oleh Ketua Pasukan ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. Kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan ditolak 5 markah pasukan.
6.3.2 Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke hadapan, kanan....pusing”.
6.3.3 Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan......gerak”.
6.3.4 Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”. “Pandang......depan”.
6.3.5 Melapor. Ketua Pasukan melapor ‘siap untuk diuji’ kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Pasukan melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor, contoh; “Assalamulaikum Tuan, Pasukan Kadet Remaja Sekolah L3 siap untuk diuji tuan, terima kasih tuan”.
6.3.6 Selepas melapor, tutup barisan. Bahasa hukumannya, “tutup barisan.......gerak”.
6.3.7 Memulakan kawad statik selepas tutup barisan. Pasukan diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik berikut mengikut urutan:
6.3.8 Ke kanan lurus. Bahasa hukuman: “ke kanan...lurus.”  “pandang....depan”.
6.3.9 Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri.....pusing”.
6.3.10 Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan, kanan..pusing”
6.3.11 Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “menghadap ke belakang, belakang....pusing”.
6.3.12 Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “menghadap ke hadapan, belakang....pusing”.
6.3.13 Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri......pusing”.
6.3.14 Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’sebanyak satu pusingan dan apabila membelok, beri hukuman “kiri belok”. ( Rujuk Pelan Litar Pertandingan 2).
6.3.15 Hukuman ‘tukar langkah perlahan....perlahan jalan” diberikan setelah pasukan melepasi kon D dan sebelum kon A. (Perlahan jalan langkah 60 – 70 langkah dalam satu minit)
6.3.16 Hukuman “kiri belok” diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan apabila semua anggota pasukan selesai membelok, hukuman “menghadap ke hadapan, kanan....pusing” diberikan. Pasukan akan perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim .
6.3.17 Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, pasukan di kehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan.
6.3.18 “buka barisan”  (dalam perlahan jalan)
6.3.19 “pandang...kanan” (dalam perlahan jalan)
6.3.20 “pandang...depan”. (dalam perlahan jalan)
6.3.21 “tutup, barisan”. (dalam perlahan jalan)
6.3.22 Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman “bergerak ke kiri, kiri.....pusing”  diberikan.
6.3.23 Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah skuad berada antara kon C dan kon D.
6.3.24 Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman “kiri belok” diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman “kiri belok diberikan”. Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan:
6.3.25 Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan....hormat”.
6.3.26 Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke hadapan....hormat”.
6.3.27 Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju”.
6.3.28 Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan.......hormat”.
6.3.29 Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah perlahan, perlahan.....jalan”.
6.3.30 Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kanan, belakang....pusing”.
6.3.31 Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah cepat, cepat jalan”.
6.3.32 Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri, belakang....pusing”.
6.3.33 Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap ke belakang, belakang......pusing”.
6.3.34 Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke hadapan, belakang......pusing”. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus)
6.3.35 Hentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”.
6.3.36 Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”.
6.3.37 Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan”. (Ketua Pasukan akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap)
6.3.38 Tamat bahagian kawad asas (statik dan dinamik).
6.3.39 KAWAD FORMASI (SEKOLAH MENENGAH SAHAJA)
6.4 PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI

a) Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti skuad/platun masing-masing.

b) TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau ‘pssss’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat permulaan ( hentak kaki ) formasi dari ketua platun sahaja.

c) Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukannya untuk tujuan memberi hukuman/arahan kawad formasi.

d) Ketua platun boleh masuk dalam persembahan formasi.

e) Setiap skuad / platun dikehendaki mempersembahkan 4 formasi yang berlainan. ( Pergerakan setiap Formasi hendaklah ditamatkan dengan 3 barisan menghadap ke hadapan )

f) Pergerakan selain daripada kawad ( contoh silat, tatu dll.) dibenarkan tetapi tidak melebihi 5 pergerakan.

g)  Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikut prosedur
     tabik yang sebenarnya. Contoh seperti tabik sambil mencangkung atau dengan
     sebelah kaki atau seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali.

g) Penalti (5 markah) akan diberikan untuk kesalahan-kesalahan berikut :
i) Keluar kawasan
ii) Memberi isyarat dll.

6.5 MELAPOR KELUAR

a) Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.
( Bahasa hukuman : Assalamualaikum/ selamat pagi/petang tuan, kebenaran meneruskan tugas……………tuan. )


Catatan (1):
Semasa kawad statik, tidak ada suara dari anggota pasukan, hanya hukuman Ketua Pasukan sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri adalah TIDAK DIBENARKAN)
Ketua Pasukan memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan kawad asas. Semasa mara mengadap Ketua Pasukan akan masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama pasukannya.
Semasa membuat persembahan kawad, pasukan tidak dibenarkan membawa sebarang alatan.
Isyarat tamat masa pertandingan akan diberikan oleh penjaga masa.
Ketua Pasukan dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.(Bahasa hukuman : Assalamualaikum /Selamat pagi / petang tuan. Mohon kebenaran menjalankan tugas lain …… tuan.)

Comments