Pertandingan Kawad PERNAS 2012



PEKHEMAHAN NASIONAL (PERNAS 2012)
KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH (KRS MUSLEH)

SYARAT-SYARAT  PERTANDINGAN KAWAD

1.                   PENYERTAAN
1.1    Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan Kadet Remaja Sekolah Musleh yang menyertai Perkhemahan Nasional KRS MUSLEH 2012.
1.2    Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah iaitu:
a.       Kategori Syabab
b.       Kategori Fatayat
1.3    Semua kontinjen  sekolah boleh menghantar 2 pasukan sahaja (satu pasukan Syabab dan satu pasukan Fatayat).
1.4    Semua anggota pasukan yang bertanding hendaklah terdiri daripada peserta Perkhemahan Nasional KRS Musleh 2012.

2.                   PENDAFTARAN
2.1    Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah  16 orang termasuk Ketua   Platun (tidak termasuk anggota simpanan)
2.2    Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. (Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)

3.                   PAKAIAN
3.1    Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan Kadet Remaja Sekolah - pakaian No: 4 – pakaian kawad dan aksesori yang dibenarkan sahaja (pelapik beret, jambul, mafla, lencana poket, kolar dot, tanda nama dan sarung tangan sahaja).
3.2    Setiap satu item yang tiada pada kedudukannya ketika kawat statik dan  dinamik tolak 1 markah bagi satu item.

4.                   PADANG KAWAD
4.1    Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 25m.

5.                   JANGKA MASA PESEMBAHAN
5.1    Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 10 minit. Pemberian markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar. Selepas 10 minit, perembahan tidak akan diberi.
5.2    Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad ‘buka barisan’ sebelum melapor kepada Ketua Hakim. Persembahan terbahagi 2 iaitu kawad asas dan dinamik sahaja.
5.3    Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan didahului kawad asas.
5.4    Isyarat akan dibunyikan:
a.       Pada minit ke 8.
b.       Masa tamat.

6.                   PELAKSANAAN PERTANDINGAN
6.1    Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawat pasukan unit beruniform berkenaan yang telah ditetapkan.

6.2    Bilangan Anggota:
a.       Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 16 orang termasuk Ketua Platun ketika bertanding.
b.       Jika ada anggota bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada yang ditetapkan maka markah akan ditolak. (Ditolak 5 markah  bagi setiap anggota yang kurang). Sekiranya lebih dari 3 peserta yang tidak dapat meneruskan pertandingan, maka pasukan tersebut akan dibatalkan.
c.        Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawad sedang berjalan. Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan kawad dijalankan untuk setiap pasukan dengan kebenaran pihak penganjur atas alasan yang munasabah.

6.3    Pemeriksaan kekemasan Pakaian: Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk ke litar mengikut giliran pertandingan. (15 minit sebelum masuk ke padang kawad)

6.4    Kawad Asas:
a.       Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan ditolak 5 markah pasukan.
b.       Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke hadapan, kanan....pusing”.
c.        Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan......gerak”.
d.       Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”. “Pandang......depan”.
e.       Melapor. Ketua Platun melapor ‘siap untuk diuji’ kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor, contoh; “Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan Kadet Remaja Sekolah L3 siap untuk diuji tuan, terima kasih tuan”.
f.         Selepas melapor, tutup barisan. Bahasa hukumannya, “tutup barisan.......gerak”.
g.       Memulakan kawad statik selepas tutup barisan. Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan:
i.              Ke kanan lurus. Bahasa hukuman: “ke kanan...lurus.”  “pandang....depan”.
                                ii.             Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri.....pusing”.
                                iii.            Bergerak ke kanan.Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan, kanan..pusing”
iv.            Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “menghadap ke belakang, belakang....pusing”.
v.             Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “menghadap ke hadapan, belakang....pusing”.
h.       Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri......pusing”.
i.         Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’sebanyak satu pusingan dan apabila membelok, beri hukuman “kiri belok”.( Rujuk Pelan Litar Pertandingan 2).
j.         Hukuman ‘tukar langkah perlahan....perlahan jalan” diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A. (Perlahan jalan langkah 60 – 70 langkah dalam satu minit)
k.        Hukuman “kiri belok” diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan apabila semua anggota platun selesai membelok, hukuman “menghadap ke hadapan, kanan....pusing” diberikan.  Platun akan perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim .
l.         Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan.
i.                     “buka barisan”  (dalam perlahan jalan)
ii.                    “pandang...kanan” (dalam perlahan jalan)
iii.                  “pandang...depan”. (dalam perlahan jalan)
iv.                  “tutup, barisan”. (dalam perlahan jalan)
m.      Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman “bergerak ke kiri, kiri.....pusing”  diberikan.
n.       Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah skuad berada antara kon C dan kon D.
o.       Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman “kiri belok” diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman “kiri belok diberikan”. Selepas melintasi kon E, skuad dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan:
i.         Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan....hormat”.
ii.        Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke hadapan....hormat”.
iii.      Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju”.
iv.      Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan.......hormat”.
v.        Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah perlahan, perlahan.....jalan”.
vi.      Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kanan, belakang....pusing”.
vii.     Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah cepat, cepat jalan”.
viii.   Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri, belakang....pusing”.
ix.      Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap ke belakang, belakang......pusing”.
x.        Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke hadapan, belakang......pusing”. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus)
xi.      Hentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”.
xii.     Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”.
xiii.   Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan”. (Ketua Platun akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap)
p.       Tamat bahagian kawat asas (statik dan dinamik).

Catatan (1):
1.       Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman Ketua Platun sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri adalah TIDAK DIBENARKAN)
2.       Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan kawad asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama platunnya.
3.       Semasa membuat persembahan kawad, pasukan tidak dibenarkan membawa sebarang alatan.
4.       Isyarat tamat masa pertandingan aka diberikan oleh penjaga masa.

6.6  Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.(Bahasa hukuman : Assalamualaikum /
Selamat pagi / petang tuan. Mohon kebenaran menjalankan tugas lain …… tuan.)

6.7  Penghakiman
a.       Hakim terdiri daripada wakil setiap negeri yang bertanding bagi kedua-dua kategori.
b.       Pengiraan markah tertinggi dan terendah bagi setiap pasukan tidak diambilkira.
c.        Bilangan hakim adalah:
- Hakim Pakaian – 8 orang hakim (Hakim Ketua Platun dan Hakim Platun)
- Hakim Kawad Ketua Platun -  3 orang Hakim
- Hakim Kawad Platun –  5 orang Hakim
d.       Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang bertanding maka markah kawad dinamik akan diambil kira.
e.       Keputusan hakim adalah muktamad.

6.8     Pemarkahan Ketua Platun

Pemarkahan Ketua Platun diadili oleh hakim khas yang dilantik. Ketua Hakim boleh menghakimi Ketua Palatun. Borang markah Ketua Platun juga berasingan dengan markah pasukan.

Comments