HANYA SATU USAHA...

oleh: Mejar (KRS) Azrul Fazli B Abdul Azis

Assalamulaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Pertamanya, saya mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang tidak jemu mengunjungi blog PRINT ini. Mungkin disebabkan terlalu kerap mengunjungi bloq ini dan mendapati tidak ada perkembangan bahan dalam blog ini menyebabkan timbullah isu yang sedang dibincangkan dalam ruangan komen disebelah. Walau apapun terima kasih kepada pemberi komen kerana sudi untuk menjenguk dan berfikir tentang aktiviti yang sedang dirancang oleh Kadet Remaja Sekolah MUSLEH ini. Nampaknya ramai juga yang berminat untuk mengetahui perkembangan PRINT ini.

Buat pengetahuan semua, PRINT ini adalah aktiviti perkhemahan tahunan yang akan mengumpulkan ahli-ahli KRS sekolah-sekolah MUSLEH di seluruh Malaysia. Mungkin ada yang tidak faham berkaitan dengan MUSLEH ini. Silalah mengunjungi http://www.musleh.edu.my bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan sekolah-sekolah MUSLEH. Perancangan ini telah disusun semenjak tahun 2008 lagi dan pada tahun 2009 mensyuarat sekateriat KRS MUSLEH telah memutuskan untuk membina laman blog ini sebagai sub-Blog kepada blog KRS MUSLEH yang sedia ada http://krsmusleh.blogspot.com. Sememangnya blog ini tidak mempunyai bahan lagi buat masa ini kerana semua maklumat dan perkembangan telah dimaklumkan kepada semua sekolah-sekolah MUSLEH ketika program anjuran KRSM dan oleh pemantau yang melakukan pemantauan ke Sekolah-sekolah Islam Malaysia bermula April hingga Mei baru-baru ini.

Buat pengetahuan semua juga, proses awal telah dilaksanakan oleh pihak sekateriat KRS MUSLEH. Antaranya ialah membawa perbincangan program ini bagi mendapatkan persetujuan dari Majlis Guru Besar Sekolah Islam Malaysia. Kunjungilah http://mgbsim.net/home/index.php bagi mengenali satu lagi badan utama Sekolah-Sekolah Islam Malaysia.

Selain itu, pihak induk pengurusan KRS MUSLEH telah pun bermensyuarat pada 24hb Jun baru-baru ini dan telah membuat tempahan tapak program sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini. Dalam tempoh terdekat ini juga pihak sekateria KRS MUSLEH akan bermersyuarat bagi membentangkan tugasan yang telah diberikan sebelum ini dan merancang pelaksanaan seterusnya.

Walaupun semua tindakan dan kerja-kerja disebalik tabir ini tidak dihebahkan dalam blog ini namun pihak yang bertanggungjawab sedang bertungkus lumus bagi menjayakan aktiviti ini.

Jika dahulu perkhemahan ini lebih dikenali dengan Jamboree PSFM dan selepas itu tahun lepas disebut PERNAS ( perkhemahan nasional ) namun bagi tahun ini pihak sekateriat merasakan PRINT adalah nama yang sesuai memandangkan perkhemahan ini Insyaallah akan juga disertai oleh sahabat-sahabat sekolah Islam MUSLEH dari Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei. Sememangnya tidaklah mendapat pengiktirafan sesiapa untuk melaksanakan perkhemahan ini dan untuk menggunakan perkataan Internasional ini. namun jika bukan Internasional apakah pula yang harus kita namakan?....adakah perlu menunggu pengiktirafan sesiapa untuk kita menjalankan kerja-kerja dakwah ini?....Walau apapun ini hanyalah usaha dan perancangannya...segala ketentuan adalah Allah S.W.T sahajalah yang Maha Mengetahui samaada segalanya akan berjaya atau tidak.

Bagi pihak Kadet Remaja Sekolah MUSLEH....inilah usaha kami bagi mengangkat nama Kadet Remaja sekolah ini. Masih jelas di ingatan ketika kunjungan kami ke perkhemahan Pramuka di Indonesia pada tahun 2008, KRS telah menjadi tumpuan didalam perkhemahan itu tambahan pula setelah memenangi beberapa pertandingan yang telah dianjurkan.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang memberi sokongan terutama kepada blog KRS Pahang dan blog KRS ACS serta mana-mana blog KRS yang memberikan sokongan.


Ini adalah usaha kita bersama bagi meneruskan usaha mereka yang berjuang diawal penubuhan KRS ini. Kita perlu lakukan sesuatu bagi memberikan satu nafas baru buat Kadet Remaja Sekolah ini agar tidak dipandang sepi oleh badan-badan lain. Usahlah kita berusaha pula menjatuhkan satu sama lain..mengapa tidak kita bersatu hati walau dimana dan siapakah kita..yang pastinya kita adalah anggota dan penggerak KRS yang menyisip Ilmu, Iman dan amal di sanubari dan jiwa kita....


" SEMOGA AMAL INI DI BERI PEMBALASAN OLEH ALLAH S.W.T "

Comments

PRINT09 said…
Tahniah!!! Atas usaha dan progres PRINT1209 ini. Teruskan dakwah ini walaupun tiada pengiktiraf daripada manusia di alam maya ini. Apa yang penting usaha dakwah ini sentiasa mendapat keberkatan dan redha ILAHI. Teruskan dakwah ini dengan penuh KESABARAN...