Salam Ukhuwwah

Alhamdulillah pada tahun ini kita doakan mudah-mudahan perancangan untuk mengadakan Perkhemahan Internasional 2009 (PRINT'09) ini akan dapat dijayakan dengan sokongan dan dokongan semua pendokong SRI-SMI dan rakan-rakan MUSLEH serta ICEE.



Sesungguhnya Tajmi' merupakan antara objektif yang utama sesebuah mukhaiyyam itu (kalau boleh kita sinonimkan dengannya) iaitu mengumpulkan anggota untuk mengeratkan ukhuwwah dan bertaaruf dengan lebih mendalam. Kita hayati maksud ukhuwwah dengan sebenar-benarnya dari maqam terendah hingga ke maqam yang tertinggi.




Dari aspek Tarbiah pula, kita sama-sama menghidupkan kehidupan Islami sepanjang program berlangsung dan melatih amal jamaie dengan menanamkan aspek persediaan jasmani, jiwa, aqal dan agama. Disamping itu kita sama2 menghayati dan mempraktikkan adab taamul jundi dengan qiadah dan sebaliknya.





Dari aspek Tadrib pula yang menjadi aspek yang tidak dapat tidak perlu dirangka supaya para peserta dapat merasai suasana kerja bersistem atau bernizam. Kita sama2 melatih diri dengan suasana yang serba sederhana dan kadang agak payah supaya kita bersabar. Kejayaan sesuatu aktiviti yang disusun bergantung kepada kerjasama dan semangat tolong menolong di mana para peserta perlu beriltizam dengan semua perkara dan program yang telah disusun oleh penganjur.


Mudah-mudahan dengan itu maka perjumpaan ini akan menjadi satu bukti bahawa kita adalah umat yang satu yang tidak dibatasi oleh garisan geografi semata-mata tetapi ikatan ma'nawi itulah yang menunjangi setiap inci kehidupan kita di atas muka bumi ini.

Sekian dulu untuk kali ini. Sebagi akhir kalam mari kita renungi mafhum sebuah hadis yang bermaksud, " Antara 7 golongan akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan Allah SWT iaitu dua orang yang bertemu dan berpisah hanya kerana Allah SWT." Mudah-mudahan kita semua akan tergolong ke dalam golongan tersebut..ameen.

Pengerusi KRS MUSLEH

Comments

Sekretariat said…
Allahu Akbar. Semoga program yang akan menghimpunkan lebih 1200 orang peserta di kalangan anggota TKRSM/KRSM dan 100 rakan MUSLEH dalam dan luar negara serta 50 ansar akan mendapat pertolongan Allah SWT.

Maklumat lanjut pendaftaran dan pertanyaan akan dibuka selepas 1 Julai 2009 melalui ruangan khas yang akan dibuka kepada semua SRI-SMI dan Rakan2 MUSLEH.