Salam Ukhuwwah

A lhamdulillah pada tahun ini kita doakan mudah-mudahan perancangan untuk mengadakan Perkhemahan Internasional 2009 (PRINT'09) ini akan dapat dijayakan dengan sokongan dan dokongan semua pendokong SRI-SMI dan rakan-rakan MUSLEH serta ICEE. Sesungguhnya Tajmi' merupakan antara objektif yang utama sesebuah mukhaiyyam itu (kalau boleh kita sinonimkan dengannya) iaitu mengumpulkan anggota untuk mengeratkan ukhuwwah dan bertaaruf dengan lebih mendalam. Kita hayati maksud ukhuwwah dengan sebenar-benarnya dari maqam terendah hingga ke maqam yang tertinggi. Dari aspek Tarbiah pula, kita sama-sama menghidupkan kehidupan Islami sepanjang program berlangsung dan melatih amal jamaie dengan menanamkan aspek persediaan jasmani, jiwa, aqal dan agama. Disamping itu kita sama2 menghayati dan mempraktikkan adab taamul jundi dengan qiadah dan sebaliknya. Dari aspek Tadrib pula yang menjadi aspek yang tidak dapat tidak perlu dirangka supaya para peserta dapat merasai suasana kerja bersistem ata...